Pesawat ringan terhempas di Kuala Klawang

Iklan
Bangkai pesawat ringan jenis glider yang sudah terbakar ditemui. - FOTO IHSAN POLIS

JELEBU - Sebuah pesawat ringan jenis glider dipercayai terhempas di kawasan Purun, Kuala Klawang di sini, kira -kira jam 3.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, siasatan pihaknya di lokasi mendapati terdapat bangkai dipercayai pesawat itu yang sudah terbakar.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun tiada mangsa ditemui di tempat kejadian. Namun maklumat awam terdapat dua mangsa cedera.

"Kita telah memaklumkan kejadian kepada pihak bahagian Siasatan Kemalangan Udara, Kementerian Pengangkutan untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Iklan

Menurutnya, semakan di hospital di daerah ini mendapati tiada mangsa berkaitan kejadian dan usaha mengesan sedang diteruskan.

Beliau berkata, sebarang perkembangan lanjut akan diberitahu kemudian.

Iklan