Bandaraya Ipoh fokus utama pelancongan Perak
Iklan
Ahmad Faizal (tengah) bersama sebahagian peserta Kembara Media Perak 2019.- Foto Jabatan Penerangan Malaysia
IPOH - Bandaraya Ipoh dijadikan fokus utama oleh Kerajaan Perak dalam membangunkan industri pelancongan bagi menarik lebih ramai kehadiran pelancong ke negeri itu.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, banyak usaha sedang dan telah digerakkan ke arah itu satu daripadanya membawa lebih banyak destinasi penerbangan baharu ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di Ipoh.
Iklan
Iklan
Menurutnya, ketika ini Perak antara negeri yang menerima kehadiran pelancong domestik tertinggi, namun kebanyakan mereka khusus yang datang dari Kuala Lumpur dan Pulau Pinang hanya menjadikan Ipoh sebagai persinggahan untuk membeli belah dan menikmati makanan.
"Jadi kita kena cari jalan untuk membolehkan mereka tinggal lebih lama dan dapat membelanjakan lebih wang di sini.
Iklan
"Fokus Kerajaan Perak memang lebih tertumpu kepada bandar Ipoh kerana kita yakin dan percaya sekiranya kawasan ini menjadi tumpuan maka tempat menarik di daerah-daerah lain seperti Lenggong, Pasir Salak dan Lumut boleh dilawati dalam perjalanan seharian mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis makan malam sempena Kembara Media Perak 2019 di Taman Tema Lost World of Tambun malam tadi.
Iklan
Kembara Media anjuran Jabatan Penerangan Malaysia masuk tahun ke 14 ini diadakan selama empat hari bermula semalam dan disertai hampir 30 pengamal media daripada 16 agensi termasuk Sabah dan Sarawak.
Selain Lost World of Tambun, lawatan hari pertama turut mengunjungi Masjid Muhammadiah atau dikenali Masjid Cina Muslim di Tasek, Taman Tema Animasi Studio (MAPS) di Bandar Meru Raya, Taman Rekreasi Gunung Lang dan menaiki `Hop On Hop Off bus' (Hoho bas) yang baru diperkenalkan Mac lalu di sekitar pekan lama dan pekan baru Ipoh.
Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berkata, Kerajaan Perak turut menjalin kerjasama erat dengan negeri-negeri lain bukan sahaja dalam pembangunan industri pelancongan tetapi juga sukan.
"Saya pernah bercakap dengan Ketua Menteri Sarawak untuk pelajari cara mereka membangunkan sukan hingga berjaya melatih atlet-atlet.
"Saya juga melihat negeri ini termasuk Sabah yang begitu ke hadapan dari segi pelancongan, walaupun produk-produknya sedikit berbeza tetapi banyak perkara boleh dipelajari dan usaha promosi itu boleh dilakukan secara bersama," katanya.
Seorang pelajar Orang Asli, Fifi Nurfatin Marjaidi Hirwan berjaya meraih keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang diumumkan pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Fifi Nurfatin, bekas pelajar dari Sekolah Menengah Sains Tapah mengakui pada mulanya tidak meletakkan sasaran tinggi memandangkan hanya memperoleh 3A ketika kertas percubaan SPM lalu.
Bagaimanapun dia bangkit dan bertekad untuk membanggakan kedua ibu bapanya, Noorhayati Alang, 40, dan Marjaidi Hirwan Sinak, 40, dengan pencapaian cemerlang itu.
Artikel:
https://www.sinarharian.com.my/article/666999/edisi/perak/ibu-bapa-jadi-penguat-semangat-pelajar-orang-asli-raih-9a
Muzik: Elevate dari www.bensound.com