Durian juadah potluck, fikirkan semula!

Iklan
Gambar hiasan

PERMULAAN musim durian tahun ini kebetulan bermula ketika umat Islam masih menyambut bulan Syawal.

Pasti ada di antara rumah yang membuat majlis hari raya menghidangkan juadah menu yang berasaskan durian seperti talam durian, serawa durian ataupun durian crepe.

Iklan
Iklan

Namun, bagi penulis dan petugas media yang lain, peluang menganjurkan rumah terbuka amat terhad memandangkan tuntutan bekerja pada hari minggu. Jadi, pilihan yang ada hanyalah jamuan potluck!

Agenda makan-makan memang ditunggu sejak awal Syawal lagi. Sebagaimana dirancang, akhirnya penulis dan rakan-rakan sepakat memilih tarikh jamuan Khamis minggu lalu.

Iklan

Ada yang bawa pelbagai jenis kek, rendang, ketupat, lemang, laksa Johor, kari ayam, nasi minyak, buah-buahan dan cocktail buah.

Paling unik salah seorang rakan penulis membawa 10 biji durian kampung yang dibeli ketika dalam perjalanan pulang ke pejabat dari Negeri Sembilan.

Iklan

Kami tersandar menikmati juadah potluck yang kami anggap syurga dunia itu. Kesannya? Selang sehari selepas jamuan, salah seorang rakan alami paras gula dan tekanan darah tinggi, yang seorang lagi diserang demam dan seorang lagi mula tak sedap badan manakala yang lain sedu sedan jadinya.

Biarpun nikmat yang dirasai sepanjang dua jam potluck bagai di syurga dunia, tapi kesannya amat menginsafkan. Mungkin pada jamuan akan datang kami akan pilih jamuan makanan sihat pula.