Bayar parkir secara atas talian di Segamat
Iklan
SEGAMAT- Dua kaedah mudah kini diperkenalkan bagi orang ramai untuk membayar parkir kenderaan di sekitar daerah ini.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat (MPS), Mohd Masni Wakiman berkata, melalui Aplikasi SMSParkir dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS), pembayaran berkenaan boleh dibuat secara atas talian.