Bilangan gelandangan di Johor kritikal
Iklan
Mohd Izhar Ahmad
JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor perlu menangani masalah lebih 100 gelandangan di bandar raya ini yang kini disifatkan semakin serius dan kritikal ketika ini.
Adun Larkin, Mohd Izhar Ahmad berkata, gelandangan tersebut dikesan menghuni beberapa tempat awam antaranya di bawah jambatan, menumpang di hospital kerajaan selain berkeliaran di kawasan Teluk Danga.
Iklan
Iklan
"Gelandangan di bandar raya ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu pertama 70 peratus adalah mereka yang bekerja tetapi tiada tempat tinggal, 30 peratus lagi mempunyai masalah rumah tangga manakala 20 peratus lagi penagih dadah.
"Kira-kira 70 peratus adalah Melayu dan majoritinya bukan orang Johor yang menjadikan negeri ini sebagai transit.
Iklan
"Mereka datang dari Sabah, Sarawak dan Kelantan, selain ada juga orang tempatan yang mempunyai masalah sendiri," katanya.
Mohd Izhar turut mendakwa, masalah sudah berlarutan antara lima hingga 10 tahun ini sekali gus menjejaskan imej daerah ini yang berstatus bandar raya selain menjadi tumpuan.
Iklan
Sehubungan itu, beliau mengesyorkan supaya pusat penempatan sementara untuk gelandangan di bandar raya ini ditambah kerana kapasiti sedia ada hanya boleh memuatkan 30 orang.
Selain itu katanya, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu membantu mereka dengan memberikan bantuan sekiranya layak dan bagi kanak-kanak pula dibawa ke pusat perlindungan.
Katanya, begitu juga dengan penagih dadah diambil tindakan sewajarnya supaya keselamatan warga kota selamat walaupun kadar jenayah dilakukan mereka masih pada tahap rendah.
Berhubung permasalahan itu, beliau juga berpendapat masalah gelandangan di negeri ini berkemungkinan kerana golongan ini diketepikan dan tidak berjaya memperoleh bantuan rumah rakyat.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.