Jangan politikkan kematian Adib

Iklan
Nik Mohd Faris

KOTA BHARU - Kematian Muhammad Adib Mohd Kasim tidak seharusnya dijadikan sebagai agenda politik bagi menyalahkan mana-mana pihak.

Exo Pemuda Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Nik Mohd Faris Syazwan Zainuzzaman berkata, Malaysia mempunyai undang-undang khusus bagi menyelesaikan kes tersebut.

Iklan
Iklan

"Oleh yang demikian, patut dan wajarlah pihak kerajaan mengikut undang-undang itu. Ini bukanlah isu berkaitan bangsa tetapi lebih menjurus kepada kesalahan moral dan jenayah.

"Sepatutnya rakyat Malaysia haruslah lebih rasional dan tidak menjadikan isu ini lebih bersifat perkauman dan boleh memecah-belahkan semua kaum,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan sesetengah pihak yang mengaitkan isu kematian tersebut dengan perkauman.

Menurutnya, masyarakat perlu lebih bersikap sabar dan membiarkan kerajaan menyelesaikan isu tersebut sebaik mungkin, bagi memberikan keadilan kepada semua pihak.

Iklan

Beliau berkata, kerajaan juga perlu memastikan isu ini diselesaikan dengan baik, mengikut keadilan yang sewajarnya berdasarkan undang-undang yang ada di negara ini.

"Kita sebagai rakyat perlu beri masa pada kerajaan, jangan polemik apa-apa isu sehingga boleh menimbulkan masalah antara kaum dan agama yang pelbagai di Malaysia ini.

"Pihak kerajaan mestilah dengan sedaya-upaya mencari kebenaran dan perlu menyatakan kebenaran tersebut supaya pihak teraniaya iaitu arwah dan keluarganya mendapat kebenaran, sekali gus mereka yang melakukan jenayah mendapat hukuman yang setimpal,” katanya.