Kedai kopi jadi 'port' judi diserbu
Iklan
Kedai kopi itu sebelum ini pernah diserbu pihak polis.
PORT DICKSON - Sebuah kedai kopi di Jalan Kampung Chuah Bakar Arang, Lukut di sini, diserbu polis semalam, selepas didapati menjalankan aktiviti judi di tempat awam.
Ketua Polis Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya membuat serbuan pada jam 3 petang selepas menerima laporan mengenai aktiviti perjudian di kawasan itu.
Iklan
Iklan
"Dalam serbuan itu, kita menahan tujuh orang suspek iaitu empat lelaki dan tiga wanita yang disyaki terlibat dalam perjudian.
Antara barang yang digunakan untuk berjudi dan wang tunai yang dirampas.
"Hasil siasatan awal kesemua mereka mengaku bermain mahjong dan jinrami.
Iklan
"Kesemua suspek yang berumur antara 50 hingga 84 tahun itu kemudiannya ditahan untuk siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Aidi Sham berkata, kedai kopi itu pernah diserbu polis beberapa kali sebelum ini, namun tetap menjalankan aktiviti itu.
Iklan
Kes akan disiasat di bawah Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sanggup tukar tempat mengundi demi YB Helmy"><meta itemprop="description" content="Sanggup tukar tempat mengundi demi YB Helmy
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #tukartempatmengundidemiYBHelmy #YBHelmi #AdunDuyong"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-04T06:16:45.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZzY0k1fWkHc1rdBeB/x120"><meta itemprop="duration" content="P101S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x9z7ige"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x9z7ige"></script>