Pulang dari umrah, Lisa Surihani tampil bertudung

Iklan
PELAKON Lisa Surihani mencuri perhatian ramai apabila tampil bertudung pada sebuah acara yang dihadirinya pada Selasa.

Difahamkan imej tersebut merupakan penampilan terbaru Lisa selepas pulang daripada mengerjakan ibadah umrah bersama suami, Yusry Abd Halim dan dua anak mereka baru-baru ini.

Lisa, 33, memuat naik beberapa keping fotonya kertika berada di acara tersebut di laman Instagramnya semalam.

Instagram Lisa Surihani
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Rata-rata peminat dan pengikutnya di Instagram memuji penampilan terbaharu pelakon Istanbul Aku Datang ini selain turut memberi sokongan dan dorongan agar Lisa terus istiqomah.

Lisa yang terharu dengan sokongan para peminatnya itu meminta mereka mendoakan yang terbaik buat dirinya.

"Hai sayang, terima kasih. Berdoa dan berharap ianya perkara baik dilakukan, datang dari hati yang ikhlas,” kata Lisa pada ruangan komen sebagai respon kepada pujian para pengikutnya.

Terdahulu sebelum itu, pelakon Intan ladyana juga memuat naik sekeping gambar yang turut menampilkan Lisa bertudung bersama rakan-rakan baiknya.