Lagak gagak seperti gorila

Iklan
Burung gagak kelihatan seperti gorila. - Foto Newsweek

JEPUN - Aksi seekor burung gagak yang meniru gelagat seekor gorila tular di media sosial.

Rakaman durasi 7 saat itu dirakam pelayar Twitter Keita_simson di Nagoya, Jepun hingga meraih 10.5 juta tontonan dan 116,000 maklum balas dari netizen.

Iklan
Iklan

Gerak geri burung gagak itu menimbulkan kekeliruan dalam kalangan netizen yang menyamakan burung itu dengan gaya seekor gorila.

Memetik laporan Newsweek, Keitaro memberitahu dia terkejut pertama kali melihat burung gagak itu kerana seakan seperti 'zombie' tetapi bila diamati lebih beberapa minit, ia sungguh cantik.

Iklan

Rata-rata netizen yang memberi maklum balas beranggapan burung gagak itu sangat lucu dan tidak menyangkakan haiwan itu boleh menunjukkan gaya luar biasa.

Sementara itu, seorang pakar Kaely Swift berkata, burung gagak boleh ditemui dengan gaya tersebut.

Iklan

"Ini adalah burung gagak paruh besar sebab itulah wajahnya kelihatan tidak sekata. Apa yang dilakukan itu adalah sedang berjemur dengan menurunkan sayap serta ekornya.

"Jika gambar dirakam pada sudut yang tepat, ekor dan kaki burung ini kelihatan seperti telah hilang,” katanya.