Kadar kenaikan tambang bas belum muktamad

Iklan
Kamarudin (tengah) menyampaikan cenderamata kepada Marie Sjodin Enstrom (kanan) sambil diiringi Che Ibrahim (kiri).

KOTA BHARU - Masih tiada keputusan dimuktamadkan berhubung kenaikan tambang bas ekspres seluruh negara dengan kadar minimum dari 10 hingga 30 peratus.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, kementerian amat bersimpati dengan kenaikan kos yang ditanggung pengusaha syarikat bas yang perlu menanggung kos penyelenggaraan dan pembayaran gaji pekerja.

Iklan
Iklan

"Kita akan bawa perkara ini ke Kabinet untuk bincang sedikit kenaikan yang munasabah atau minimum dari 10 hingga 30 peratus.

"Ia melibatkan kemampuan syarikat untuk bayar gaji pekerja, pemandu dan sebagainya. Namun kadar itu belum ditetapkan," katanya selepas menyaksikan perjanjian persefahaman antara Scania dan Konsortium EMutiara Berhad.

Iklan
Iklan

Scania diwakili Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara, Marie Sjodin Enstrom manakala Konsortium E- Mutiara Berhada diwakili Pengerusi Eksekutifnya, Che Ibrahim Che Ismail.