Gempa bumi kuat gegar Rantau Komandorskiye Ostrova, Rusia

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter telah menggegar Rantau Komandorskiye Ostrova, Rusia pada pukul 10.18 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, gempa berkenaan berlaku pada jarak 494km Timur laut dari Petropavlovsk Kamchatskiy, Rusia.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, ia tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama