Prospek perkapalan global stabil: Moody's
Iklan
PROSPEK bagi sektor perkapalan global memasuki tahun 2020 dijangka kekal stabil apabila pendapatan yang dijangkakan tinggi diimbangi oleh ketegangan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China dan risiko pengawalseliaaan di seluruh dunia, kata Moody's Investors Service dalam laporan sektor yang dikeluarkan hari ini.
Pemacu utama prospek stabil itu adalah gabungan jangkaan pertumbuhan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) 16 peratus hingga 18 peratus pada 2020 (walaupun daripada asas rendah pada 2018) dan pertumbuhan permintaan dan penawaran yang seimbang.