LHDN terima lebih 3 juta BNCP sehingga hari ini
Iklan
Menteri Kewangan Lim Guan Eng bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Seri Sabin Samitah (kiri) pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 2019 bertemakan "Gemersik Syawal@Hasil" di ibu pejabat LHDN hari ini. - Foto BERNAMA
CYBERJAYA - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menerima 3.339 juta Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Tahun Taksiran 2018 sehingga hari ini (25 Jun), meningkat 11 peratus berbanding 3.017 juta borang pada tempoh yang sama tahun lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Sabin Samitah berkata, daripada 3.339 juta BNCP itu, kira-kira 284,000 borang merupakan Borang B yang diterima daripada pembayar cukai individu yang mempunyai pendapatan perniagaan.
Iklan
Iklan
"Angka ini menunjukkan peningkatan hampir 17 peratus berbanding penerimaan Borang B dalam tempoh sama tahun lepas iaitu hanya sekitar 243,000 borang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Sabin berkata, fasa pertama Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) dengan kadar penalti atas jumlah cukai sebanyak 10 peratus dilanjutkan sehingga 30 Jun ini, manakala fasa kedua dengan kadar penalti 15 peratus bermula 1 Julai hingga 30 September depan.
Iklan
Iklan
"LHDN ingin mengulangi komitmen bahawa setiap pengakuan suka rela yang dilaporkan akan diterima dengan suci hati dan tiada semakan lanjut akan dilakukan terhadap pengakuan suka rela tersebut," katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RCI skandal mafia korporat: Lima ahli Parlimen PKR tuntut PM, menteri nyata pendirian"><meta itemprop="description" content="RCI skandal mafia korporat: Lima ahli Parlimen PKR tuntut PM, menteri nyata pendirian
Semua ahli Parlimen termasuk Menteri Kabinet dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa untuk menyatakan pendirian secara terbuka mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal didakwa membabitkan ‘mafia korporat’ yang turut dikaitkan dengan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Gesaan itu dibuat lima Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wong Chen (Subang), Hassan Karim (Pasir Gudang), S Kesavan (Sungai Siput), Rodziah Ismail (Ampang) dan Lee Chean Chung (Petaling) Jaya dalam satu sidang akhbar bersama di Parlimen, Kuala Lumpur pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785942/berita/nasional/rci-skandal-mafia-korporat-lima-ahli-parlimen-pkr-tuntut-pm-menteri-nyata-pendirian
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangmedia #RCIskandalmafiakorporat #RCI #WongChen #HassanKarim #SKesavan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-01T05:59:25.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P188S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xak4b3y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xak4b3y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xak4b3y"></script>