Lelaki 'gila seks' ceroboh asrama perempuan

Iklan

KUALA TERENGGANU- Sebuah asrama perempuan di sekolah menengah di sini kecoh apabila dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki 'gila seks' yang bertindak menceroboh masuk ke bilik asrama berkenaan, kira-kira jam 3.30 pagi kelmarin.

Kehadiran suspek yang selamba terbaring di atas katil dengan memakai sebahagian penutup muka serta berkaca mata disedari seorang pelajar perempuan yang terus menjerit ketakutan.

Menurut sumber, suspek yang terkejut mendengar jeritan itu terus bertindak melarikan diri ke arah bilik asrama yang lain dan cuba mengambil kesempatan ke atas seorang pelajar lain yang ada di bilik asrama berkenaan.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun, mangsa sempat menendang suspek sebelum lelaki itu melarikan diri bagi mengelak dicekup.

"Kejadian itu kemudian dimaklumkan kepada guru wanita berusia 34 tahun yang ketika itu berada di bilik warden sebelum laporan dibuat di Balai Polis Kuala Terengganu semalam," katanya.

Iklan

Kata sumber, hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek didapati menceroboh masuk melalui tangga belakang sekolah sebelum menuju ke asrama perempuan, kira-kira jam 3 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Iklan

Katanya, usaha mengesan suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.