Cubaan pecah masuk surau di Bukit Katil
Iklan
Salah satu cermin pintu gelangsar di Madrasah Nur At Taufiq, Taman Saujana Indah, Bukit Katil di sini pecah dan terdapat kesan umpilan pada pintu dipercayai cuba dipecah masuk dalam kejadian lewat malam kelmarin. (Kanan: Kesan umpilan yang berlaku.)
MELAKA - Salah satu cermin pintu gelangsar di Madrasah Nur At Taufiq, Taman Saujana Indah, Bukit Katil di sini didapati pecah dan terdapat terdapat kesan umpilan dipercayai cuba dipecah masuk dalam kejadian lewat malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, kejadian disedari kira-kira jam 12.30 malam oleh seorang penduduk berusia 42 tahun setelah terdengar bunyi kaca pecah dan dipijak.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pengadu terbabit telah memanggil beberapa penduduk yang kemudiannya telah membuat laporan polis.
"Hasil pemeriksaan jawatankuasa surau mendapati, cermin pintu gelangsar di bahagian jemaah wanita telah pecah dan didapati juga kesan umpil untuk menarik pintu itu keluar sehingga mengakibatkan ia pecah.
Iklan
Salah satu cermin pintu gelangsar di Madrasah Nur At Taufiq, Taman Saujana Indah, Bukit Katil di sini pecah dan terdapat kesan umpilan pada pintu dipercayai cuba dipecah masuk dalam kejadian lewat malam kelmarin. (Kanan: Kesan umpilan yang berlaku.)
"Tiada sebarang alatan yang digunakan suspek dijumpai di dalam surau atau sekitar kawasan manakala tabung surau didapati tidak hilang dan jumlah anggaran kerugian masih belum dapat dipastikan," katanya ketika dihubungi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 457/511 Kanun Keseksaan kerana memecah masuk premis.
Iklan
Sementara itu, pengerusi madrasah itu, Abd Rahim Abd Jalil menafikan dakwaan pihak tertentu di Facebook yang mengatakan madrasah diserang orang dengan batu sehingga berlaku kerosakan.
Menurutnya, kejadian yang berlaku sebenarnya adalah cubaan pecah masuk bagi mencuri tabung.
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.