Paip utama pecah di loji rawatan air Pulau Pinang
Iklan
GEORGETOWN - Kira-kira 200,000 pengguna dijangka mengalami gangguan bekalan berikutan kejadian paip pecah di Loji Rawatan Air Sungai Dua, loji rawatan air terbesar di Pulau Pinang petang tadi.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Ir Jaseni Maidinsa yang mengesahkan kejadian itu malam ini berkata kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan untuk memulihkan 1100mm bekalan air paip yang terjejas.