Penghulu, mualim perlu beri kesedaran pentingnya vaksin
Iklan
Mohd Amar Abdullah
KOTA BHARU - Kerajaan negeri berharap penghulu dan mualim (guru agama) yang ditugaskan di kawasan orang asli dapat memberi kesedaran kepada masyarakat itu tentang kepentingan vaksin imunisasi.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, mengikut maklumat yang diterima pihaknya, majoriti daripada pesakit demam campak dalam kalangan orang asli Bateq itu tidak menerima vaksin kesihatan.
Iklan
Iklan
"Kita kerajaan negeri memang sediakan penghulu dan mualim yang dilantik melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) untuk menjaga keperluan dan memberi didikan agama kepada mereka.
"Namun ada juga sikap orang asli ini yang menolak vaksin. Kalau ada yang vaksin pun, mungkin tidak cukup kitaran yang sepatutnya," katanya selepas merasmikan Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2019 di sebuah hotel di sini hari ini.
Iklan
Menurutnya, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (Jakoa) melalui Jabatan Kesihatan diharapkan dapat membantu beri kesedaran kepada masyarakat supaya mereka menerima suntikan tersebut.
"Vaksin ini sangat penting untuk mengelak peristiwa ini berulang pada masa akan datang. Setakat ini Kerajaan Pusat menyediakan pelbagai keperluan kepada masyarakat orang asli melalui agensinya dan kerajaan negeri sentiasa membantu apabila diperlukan," katanya.
Iklan
Bagaimanapun, Mohd Amar berkata, sehingga ini tiada keperluan khas yang dipohon jabatan dan agensi terlibat memandangkan penyakit tersebut memerlukan kepakaran spesifik terutamanya daripada Jabatan Kesihatan sendiri.
"Walaupun begitu, kami bantu juga melalui agensi yang ada dan badan-badan bukan kerajaan (NGO). Cuma kami berharap kita dapat mencegah penularan penyakit tersebut supaya tidak berjangkit kepada masyarakat lain.
"Kita banyak bergerak melalui Jakoa untuk sebarang keperluan dan kita berikan kerjasama penuh kepada mereka terutamanya melibatkan tanah dan kemudahan yang lain," katanya.
Kemunculan seekor ibu harimau belang bersama anaknya di beberapa kampung di Kuala Krai bukan sahaja mencetuskan kebimbangan penduduk, malah menjejaskan sumber pendapatan lebih 100 penoreh getah yang terpaksa menghentikan rutin harian mereka sejak hampir dua minggu lalu.
Lebih membimbangkan, haiwan pemangsa itu dipercayai berkeliaran di kebun getah dan semakin menghampiri kawasan penempatan penduduk sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk serta haiwan ternakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801601/edisi/kelantan/lebih-100-penoreh-getah-di-kuala-krai-gantung-pisau-gara-gara-pak-belang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.