Wan Azizah tak perlu lepas jawatan
Iklan
Suasana meriah sewaktu Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Kota Damansara yang berlangsung di Subang Permai, semalam.
KOTA DAMANSARA - Timbalan Pedana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak perlu melepaskan jawatan beliau bagi memudahkan proses peralihan kuasa jawatan perdana menteri.
ADUN Kota Damansara, Shatiri Mansor berkata, buat masa ini, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diutamakan terlebih dahulu bagi menjadi perdana menteri sebelum Wan Azizah melepaskan jawatan disandang beliau itu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, perkara ini tidak mempunyai sebarang masalah berikutan pelantikan timbalan perdana menteri boleh dibuat dalam tempoh yang singkat selepas Anwar diangkat sebagai perdana menteri.
"Benda ini tak ada masalah. 'Change personality' dalam tempoh singkat tak ada masalah. Boleh bincang. Kita matang dan ada perjanjian.
Iklan
"Tak ada sebarang 'conflict of interest' kerana kita perlu buat dengan cara yang baik. Bila Anwar dilantik jadi perdana menteri, Wan Azizah akan letak jawatan. Saya tak nampak itu sebagai masalah," katanya kepada Sinar Harian selepas Majlis Rumah Terbuka ADUN Kota Damansara yang berlangsung di Subang Permai, semalam.
Mengulas lanjut, Shatiri berkata, walaupun perkara membabitkan peralihan kuasa tersebut mempunyai pelbagai versi, namun pihaknya percaya proses itu akan berlangsung dengan lancar.
Iklan
Beliau berkata, pihaknya juga yakin Anwar mempunyai perhubungan yang baik dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung perkara itu.
"Apa yang kita harapkan adalah semua ahli-ahli PKR akan memberikan sokongan kepada beliau untuk menjadi perdana menteri ke lapan secepat mungkin," katanya.
Mengulas mengenai sambutan rumah terbuka tersebut, Shatiri berkata, pihaknya menganggarkan sekitar 6,000 orang pengunjung hadir bagi bersama-sama memeriahkan majlis berkenaan.
Tambah Shatiri, pihaknya memilih lokasi di Subang Permai pada kali ini bagi membolehkan lebih ramai masyarakat turut sama dalam sambutan tersebut.
"Selain pusat khidmat, kita turut libatkan persatuan penduduk dan masjid bagi bekerjasama dalam menjayakan program ini dan sambutannya juga amat baik," katanya.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Empat negeri yang diterajui UMNO akan menggerakkan jentera bahagian dari seluruh negeri bagi membantu kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jentera bahagian dari Melaka, Johor, Pahang dan Perak akan digerakkan segera.
Ahmad yang juga Ketua Sekretariat War Room UMNO Pusat menjelaskan, penghantaran jentera dari empat negeri itu membuktikan komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili Kerajaan Perpaduan.
Jelasnya, setiap negeri akan menjaga dua kawasan pusat daerah mengundi (PDM) dan kemungkinan jumlah diperlukan seramai 10 orang bagi satu PDM.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662818/berita/politik/prk-kkb-umno-gerak-jentera-dari-empat-negeri-bantu-kempen
#SinarHarian #SinarLive #PRKKKB #jenteraUMNO #pilihanrayakecil