Dun Rantau: SPR teliti alasan penghakiman

Iklan
Azhar Azizan Harun

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneliti alasan penghakiman Mahkamah Pilihanraya yang mengisytiharkan kerusi Dun Rantau dimenangi oleh Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai tidak sah dan terbatal.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kemenangan Tok Mat di Dun Rantau tidak sah]

Iklan
Iklan

Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, SPR akan membuat keputusan berhubung keperluan untuk merayu di Mahkamah Persekutuan.

"Buat masa ini, SPR perlu menunggu perakuan keputusan Mahkamah Pilihan Raya atau sehingga tempoh 14 hari untuk rayuan tamat bagi tindakan selanjutnya," katanya.

Iklan

Menurutnya, PRK hanya akan diadakan sekiranya tiada rayuan atau proses rayuan di Mahkamah Persekutuan telah selesai sepenuhnya.

"Di bawah undang-undang, SPR hendaklah mengisi kekosongan kerusi tersebut dalam tempoh 60 hari dari tarikh ia menerima perakuan tersebut.

Iklan

"Bagaimana pun, Mahkamah Pilihanraya memutuskan untuk tidak memberi perakuan keputusan tersebut sehingga tamat tempoh 14 hari dari hari ini untuk mana-mana pihak mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan," katanya.

Beliau berkata, SPR sentiasa bersedia untuk menjalankan PRK sekiranya ia perlu diadakan.

Hari ini, Hakim Azimah Omar dalam alasan penghakimannya berkata, tidak wujud sebarang undang-undang pilihanraya yang menyatakan tag atau pas masuk diperlukan oleh calon, pencadang dan penyokong untuk mengemukakan borang pencalonan.