Tutup sekolah lain jika berlaku lagi: MB
Iklan
Sahruddin (tengah) ketika berucap pada sidang media berkenaan.
JOHOR BAHRU - Arahan penutupan sekolah-sekolah lain yang berkemungkinan terjejas ekoran pencemaran udara di Taman Mawar akan dimaklumkan sekiranya berlaku lagi kes sedemikian.
Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, sebarang kenyataan dan tindakan lanjut akan diumumkan pihaknya selepas kejadian itu berulang lagi dalam masa terdekat.
Iklan
Iklan
"Saya akan jawab bila kes itu berlaku lagi, sekarang saya tidak mahu jawab,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita semasa hadir menyempurnakan Majlis Topping Off Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di sini hari ini.
Semalam, Exco Kesihatan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar mengumumkan lima sekolah termasuk dua tadika sekitar kawasan itu diarahkan tutup hingga Isnin bagi membolehkan kerja-kerja kawalan kualiti udara diselesaikan.
Iklan
Sekolah berkenaan adalah melibatkan Sekolah Agama Taman Mawar, Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Gudang 4, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang 2, Tadika Pasti dan Tadika Pintar Bistari.
Dalam perkembangan sama, Sahruddin berkata, kerajaan kini sedang menunggu sampel darah mangsa terjejas yang dijangka diperoleh paling awal pada Isnin untuk mengetahui punca sebenar kejadian itu.
Iklan
"Sehingga malam tadi kita masih belum kesan punca sebenar kejadian ini, namun agensi terlibat akan terus menjalankan siasatan. Bagi insiden yang lepas kita tahu ia berpunca daripada Sungai Kim Kim.
"Kita juga sedang menunggu keputusan sampel darah yang diambil daripada mangsa yang dihantar ke Hospital Sultan Aminah,” katanya.
Berhubung kejadian itu, Sahruddin turut memaklumkan dua mangsa terakhir yang mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) semalam sudah dibenarkan pulang.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bapa, anak hidupkan seni tradisi Jawa"><meta itemprop="description" content="Hampir dua dekad mengabdikan diri memartabatkan seni budaya masyarakat Jawa, pengasas Kumpulan Tunas Warisan, Amar Abu, 65, kini mampu menarik nafas lega apabila perjuangannya mempertahankan warisan itu disambung oleh anak bongsunya, Mohd Nizal Amar, 21.
Bapa dan anak itu antara individu yang terus menghidupkan pelbagai seni tradisional termasuk gasing pangkah Johor, gamelan, tarian reog dan wayang kulit Jawa di Kampung Permatang Duku, Benut sekali gus memastikan khazanah budaya itu terus diwarisi generasi akan datang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792189/edisi/johor/bapa-anak-hidupkan-seni-tradisi-jawa
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KumpulanTunasWarisan
#Jawa #gamelan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-16T04:30:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/dTIv-1gWJu0RnLPaA/x1080"><meta itemprop="duration" content="P101S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=k3zczdkISjA295INE6O"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xay4rjy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="k3zczdkISjA295INE6O"></script>