DHPP tak mahu lagi dilihat sebagai penyokong

Iklan
N Balasubramaniam

KUANTAN - Nama Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) sudah tidak relevan digunakan dan perlu ditukar kepada Dewan Himpunan Perpaduan Pas.

Pengerusi DHPP, N Balasubramaniam berkata, DHPP tidak mahu lagi dilihat sebagai penyokong sebaliknya mahu dianggap pendokong kepada perjuangan Pas.

Iklan
Iklan

"DHPP berhasrat menukar nama seiring Pas yang menjadi pendokong perpaduan kepada semua kaum di negara ini.

"Kelab penyokong Pas ditubuhkan pada 11 Mac 2004 dan ditukarkan kepada DHPP sehingga sekarang," katanya.

Iklan

Beliau berkata, DHPP berikrar akan terus menyokong Pas kerana Islam adil untuk semua.

"Islam adil untuk semua kaum dan agama serta hanya Pas yang berjaya melakukan seperti ini.

Iklan

"Pas memimpin perpaduan masyarakat dan negara walaupun ia bukan perkara mudah dicapai," katanya.