Bapa Liza Hanim meninggal dunia

Iklan
Allahyarham Abd Halim Abd Razak

BAPA kepada penyanyi Liza Hanim iaitu Abd Halim Abd Razak, 73, meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM dulu dikenali HUKM), malam tadi.

Menerusi perkongsian menerusi akaun Instagram miliknya, penyanyi berusia 40 tahun itu memohon agar orang ramai mendoakan arwah bapanya.

Iklan
Iklan

"Ayah saya Haji Abdul Halim Haji Abdul Razak kembali ke rahmahtullah sebentar tadi.

"Dengan rendah diri saya ingin memohon jasa baik semua untuk mendoakan ayah supaya ayah ditempatkan dalam kalangan orang dikasihi-Nya,” tulisnya.

Iklan
Gambar kenangan, Liza Hanim sekeluarga bersama arwah bapanya, Abd Halim Abd Razak

Menerusi laporan sebelum ini, Liza memaklumkan bapanya menghidap penyakit kanser paru-paru tahap empat.

Allahyarham bapanya telah dibawa pulang ke rumah mereka di Taman Sri Andalas, Klang sebaik selesai dikafankan di HCTM malam tadi dan kemudian di bawa ke Masjid Ar-Rahimiah Klang, pada jam 5.30 pagi tadi.

Iklan

Jenazah dijangka akan dikebumikan jam 9 pagi ini di Tanah Perkuburan Sungai Sireh.

Pada 9 Mei lalu, bapa mentua Liza, Mohamed Samsudin Tahir telah terlebih dahulu pergi menemui Illahi.