Kerajaan perlu ada pelan khusus didik orang asli
Iklan
Rusdi Omar
KOTA BHARU - Kerajaan Persekutuan perlu merancang satu pelan khusus untuk mendidik masyarakat orang asli mengenai cara menjaga kebersihan sebagaimana kerajaan mendidik masyarakat di bandar.
Penganalisis Politik, Prof Madya Dr Rusdi Omar berkata, sepatutnya kerajaan Pusat dan negeri perlu menjaga kaum tersebut sama seperti kerajaan menjaga rakyat lain tanpa sebarang diskriminasi dalaman.
Iklan
Iklan
"Semua kemudahan asas sepatutnya mereka perolehi sama macam rakyat lain di bandar. Kerajaan Pusat dan negeri kena bantu mereka. Mungkin perlu disediakan sekolah khas untuk memberi pendidikan pada mereka.
"Pendidikan mengenai penjagaan kebersihan, pemakanan, kehidupan harian, termasuklah mengajar agama kepada mereka yang beragama Islam.
Iklan
"Jika kita tidak memulakan langkah, payah untuk mereka ikuti. Walaupun hanya dua atau tiga jam seminggu, namun jika ia benar-benar dilaksanakan, saya rasa banyak masalah boleh dibendung,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.
Menurutnya, masyarakat orang asli mempunyai pegangan yang kuat pada adat dan budaya mereka, namun tidak salah rasanya jika kita membawa budaya realiti masyarakat biasa kepada mereka untuk diadaptasi dengan baik.
Iklan
Beliau berkata, selain itu, kawasan rayau mereka perlulah dijaga supaya ada semua kemudahan asas terutamanya air yang bersih, bukan menggunakan air bukit dan sebagainya.
"Jika pun kerajaan mahu menggunakan kawasan kediaman mereka untuk tujuan pembangunan dan sebagainya, maka gantikanlah tempat mereka itu sebaik mungkin.
"Kerajaan tidak boleh lupa peranan mereka pada rakyat marhaen seperti ini. Itu sebabnya kita jangan ‘double standard’ dalam sebarang tindakan yang dilakukan.
"Ada pendapat mengatakan ada sesetengah kaum orang asli ini amat payah untuk menerima transformasi, namun tidak perlu memujuk atau memaksa.
"Tapi dengar apa yang mereka mahukan, supaya kita boleh selarikan dengan apa yang kita mahu mereka lakukan. Kerajaan kena buat secara tersusun dan sistematik kediaman mereka dengan semua kemudahan asas yang sempurna,” katanya.
Rusdi memberitahu, kerjasama kerajaan negeri dan Pusat amat diperlukan untuk menyelesaikan masalah orang asli ini dan jangan sesekali memandang rendah kepada kaum itu.
"Bantulah mereka sebaik mungkin. Insya-ALLAH ada penyelesaian yang tuntas sekiranya semua pihak memainkan peranan mereka," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Perarakan jentolak sempena Merdeka, gegar suasana kampung"><meta itemprop="description" content="Perarakan jentolak sempena Merdeka, gegar suasana kampung
Deruman enjin jentera berat menggegarkan suasana kampung apabila 10 jentolak, dua lori dan beberapa kenderaan pacuan empat roda menyertai perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chetok pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Perarakan sejauh kira-kira 300 meter itu mencuri perhatian penduduk apabila deretan jentera yang lazimnya digunakan di kawasan perlombongan pasir tampil memeriahkan sambutan kemerdekaan bersama masyarakat setempat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794247/edisi/kelantan/perarakan-jentolak-sempena-merdeka-gegar-suasana-kampung
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #HariKebangsaan #Perarakan #Jentolak #PasirMas"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-31T06:48:40.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P131S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb2njc6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb2njc6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb2njc6"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Akhbar 69 tahun catat sejarah kemerdekaan masih disimpan, pernah ditawar RM20,000"><meta itemprop="description" content="Akhbar 69 tahun catat sejarah kemerdekaan masih disimpan, pernah ditawar RM20,000
Naskhah akhbar lama berusia 69 tahun yang merekodkan detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957 masih disimpan rapi sebuah keluarga di Kampung Kekabu, Lemal, Pasir Mas meskipun pernah ditawar RM20,000 beberapa tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Naskhah The Sunday Times bertarikh 1 September 1957, iaitu sehari selepas pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu, kini berada dalam simpanan Noorulhuda Ibrahim, 44, selepas suaminya, Mohd Tarmizi Ismail meninggal dunia akibat sakit buah pinggang pada Ogos 2023.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794108/edisi/kelantan/akhbar-69-tahun-catat-sejarah-kemerdekaan-masih-disimpan-pernah-ditawar-rm20000
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Arkib #Akhbar #Sejarah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-30T10:09:05.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb2d7na"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb2d7na"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb2d7na"></script>