Tandas pertama guna sistem solar
Iklan
Tandas Sejahtera di Dataran Awam Tepi Laut Pontian.
PONTIAN - Tandas Sejahtera Dataran Awam Tepi Laut Pontian menjadi tandas pertama menggunakan sistem solar yang mesra alam dan mampu menjimatkan tenaga elektrik.
Jurutera Majlis Daerah Pontian (MDP), Muniri Asrhad berkata, MDP memperuntukkan kira-kira RM267,000 bagi membangunkan teknologi mesra alam itu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, sistem itu menekankan elemen sejahtera yang turut memperluaskan teknologi hijau dan pemuliharaan alam sekitar.
Muniri berkata, idea membangunkan Tandas Sejahtera itu bermula dua tahun lalu di mana penerangan mengenai konsep tandas terbabit telah dibentangkan di hadapan exco kerajaan negeri ketika itu.
Iklan
Saluran khas di atas bumbung disediakan bagi menadah air hujan untuk kegunaan mengepam sisa najis dan buangan.
"Pembinaan Tandas Sejahtera bermula pada tahun lepas dan siap dibina pada bulan Mei seterusnya dibuka pada orang awam 15 Jun lalu.
"Selepas lima hari dibuka, MDP menerima maklum balas positif dari orang ramai menerusi borang kaji selidik yang diletakkan di kaunter.
Iklan
"Kebanyakannya berpuas hati dengan mutu tandas yang bersih dan menggunakan pendekatan mesra alam,” katanya semalam.
Hadir sama Pentadbir Tanah Daerah Pontian, Dr Khalid Jusoh dan Ketua WHIP MDP, Zulkifly Tasrep.
Beliau berkata, air hujan akan ditakungkan menerusi saluran khas di atas bumbung yang kemudiannya digunakan bagi mengepam najis dan sisa buangan.
"Bekalan air terawat dari SAJ masih disalurkan menerusi paip ke dalam tandas berkenaan. Pengguna tidak perlu bimbang kerana air takungan hanya digunakan bagi mengepam najis dan sisa buangan.
Muniri (dua dari kanan) di hadapan Tandas Sejahtera yang mula dibuka pada 15 Jun lalu.
"Langkah menggunakan air takungan bagi mengepam najis dan sisa buangan dapat menjimatkan air,” katanya.
Muniri turut memberitahu, papan tanda mesra OKU cacat penglihatan diletakkan di hadapan tandas berkenaan.
"Tandas Sejahtera mempunyai tandas keluarga, tandas OKU dan bilik persalinan bayi.
"Saya berharap orang awam dapat menjaga kebersihan dan tidak melakukan sebarang kerosakan,” katanya.Sistem itu juga menekankan elemen sejahtera yang turut memperluaskan teknologi hijau dan pemuliharaan alam sekitar.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sumber air terhad, bomba berdepan cabaran padam kebakaran paya gambut"><meta itemprop="description" content="Tiupan angin kencang, cuaca panas dan sumber air yang terhad menjadi cabaran utama anggota bomba memadam kebakaran hutan paya gambut seluas 51.4 hektar di Jalan Bypass Sebana Cove-Punggai, Pengerang, Kota Tinggi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Baharuddin Idris berkata, keadaan cuaca kering dan angin kencang ketika ini menyebabkan api berisiko merebak dengan lebih pantas selain menyukarkan operasi pemadaman di kawasan hutan dan paya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793437/edisi/johor/sumber-air-terhad-bomba-berdepan-cabaran-padam-kebakaran-paya-gambut
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bomba #Kebakaran #PayaGambut"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-25T08:14:23.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/dj4GQ1gZKxlN776IX/x1080"><meta itemprop="duration" content="P90S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb0ldlm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb0ldlm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb0ldlm"></script>