Royalti Kelantan: PH tunggu pengesahan tarik balik saman
Iklan
Radzi (tiga, kanan) menyaksikan penyampaian cenderamata selepas merasmikan program Back To School anjuran TNB di SK Padang Mokan hari ini.
KOTA BHARU – Isu pembayaran royalti kepada Kelantan masih belum dimuktamadkan berikutan kerajaan Persekutuan masih belum menerima pengesahan tarik balik saman kerajaan Kelantan terhadap Petronas dan kerajaan Persekutuan.
Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, persoalan itu telah beliau jawab dalam sidang Dewan Negara semalam.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, kerajaan Persekutuan masih menunggu pengesahan rasmi berkaitan penarikan balik saman itu sebelum keputusan agihan royalti diputuskan.
"Saya ada jawab dalam sidang Dewan Negara semalam berkaitan isu royalti Kelantan ini kerana kita masih belum terima pengesahan rasmi berkaitan tarik balik saman itu walaupun Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob telah memaklumkan Kelantan telah tarik balik saman itu.
Iklan
"Jadi kita tunggu pengesahan rasmi mengenainya terlebih dahulu sebelum tindakan selanjutnya diputuskan,” katanya selepas merasmikan program Back To School anjuran TNB Kelantan di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Mokan hari ini.
Sementara itu mengulas mengenai isu pemimpin Umno yang keluar parti Radzi berkata, Bersatu mempunyai mekanisme tertentu untuk menapis setiap kemasukan ahli baru termasuk dari Umno.
Iklan
Beliau yang juga Ketua Penerangan Bersatu, berkata, tidak semua ahli Umno yang keluar dari parti itu mengatakan akan menyertai Bersatu sebaliknya tanggapan diberi lebih kepada Bersatu yang mewakili parti kaum Melayu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lebih 100 penoreh getah di Kuala Krai ‘gantung’ pisau gara-gara pak belang"><meta itemprop="description" content="Lebih 100 penoreh getah di Kuala Krai ‘gantung’ pisau gara-gara pak belang
Kemunculan seekor ibu harimau belang bersama anaknya di beberapa kampung di Kuala Krai bukan sahaja mencetuskan kebimbangan penduduk, malah menjejaskan sumber pendapatan lebih 100 penoreh getah yang terpaksa menghentikan rutin harian mereka sejak hampir dua minggu lalu.
Lebih membimbangkan, haiwan pemangsa itu dipercayai berkeliaran di kebun getah dan semakin menghampiri kawasan penempatan penduduk sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk serta haiwan ternakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801601/edisi/kelantan/lebih-100-penoreh-getah-di-kuala-krai-gantung-pisau-gara-gara-pak-belang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ancaman #harimau #penorehgetah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-23T07:53:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P188S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqmxuu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqmxuu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqmxuu"></script>