Kafa belum terima surat peletakan jawatan Bibi Ramjani
Iklan
Bibi Ramjani
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) belum menerima surat peletakan jawatan Bibi Ramjani Ilias Khan sebagai presiden persatuan itu, selepas mengumumkannya menerusi Facebook rasminya hari ini.
Timbalan Presiden Kafa Datuk Seri Afandi Hamzah berkata beliau sendiri hanya mengetahui perkara tersebut, melalui media sosial yang kini tular.
Iklan
Iklan
"Setakat ini tiada surat bertulis yang diberikan presiden, kepada urusetia Kafa bagi memaklumkan perkara tersebut. Jika betul peletakan jawatan, ia perlu dilakukan secara rasmi (bertulis) kepada kami,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Hari ini Bibi Ramjani mengumumkan melepaskan jawatan presiden Kafa selepas dipilih sebagai presiden pada Kongres Tahunan Kafa kali ke-63 pada 17 September 2017.
Iklan
Iklan
Afandi berkata sekiranya pihaknya menerima surat rasmi berhubung peletakan jawatan itu satu mesyuarat Exco akan dipanggil bagi membincangkan perkara berkenaan. -Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>