Serina kini berhijab

Iklan
Serina - Foto Instagram

PELAKON dan usahawan, Serina Redzuawan membuat pengakuan dirinya telah berhijab sepenuhnya sempena bulan Syawal ini.

Anak perempuan kepada chef terkenal, Chef Wan, berkongsi penghijrahannya itu pada entri Instagram miliknya dengan memuat naik beberapa foto dirinya memakai hijab.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah... sempena bulan Syawal yang mulia, Serina mengambil kesempatan ini nak umumkan saya dah berhijab sepenuhnya," katanya.

Mengakui bukan mudah untuk menjalani kehidupan baru, namun Serina akan sentiasa terus kekal istiqamah.

Iklan

"Memang bukan mudah hendak bertekad, tapi perlu ada pengorbanan dan Guru untuk beri tunjuk ajar serta semangat, dorongan dari keluarga dan sahabat tersayang.

"Terima Kasih kepada @ustazahasmaharun.official kerana banyak memberi inspirasi dan ilmu. Doakan Serina istiqamah. Sama-sama kita perbaiki kelemahan diri untuk jadi insan lebih sempurna," tulisnya.

Iklan

Pengumuman itu nyata mengejutkan para peminat dan kenalan namun begitu, penghijrahan Serina disambut baik oleh mereka.

Pelakon, Zarina Zainudin juga menzahirkan rasa syukur di atas penghijrahan tersebut dan memberi kata-kata semangat kepadanya.

"Alhamdulillah manis sangat adik... adikku 'be strong'... ujian tetap ada tapi kena kuat sayang kami," katanya.