KANGAR - Orang ramai dinasihatkan tidak menghampiri kawasan pantai di Kuala Perlis sehingga Kuala Sanglang sepanjang tempoh fenomena air pasang besar dijangka berlaku selama 4 hari supaya tidak terdedah kepada risiko kejadian tidak diingini.
Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis, Mejar Mohd Farid Ishak berkata, arahan sudah dikeluarkan kepada anggota untuk menasihatkan orang ramai agar tidak menghampiri kawasan pantai buat sementara waktu dalam tinjauan air pasang dan ribut kencang hari ini.