Malaysia cadang ASEAN kongsi maklumat pesalah seks kekang pedofil

Iklan
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyampaikan ucapan pada Persidangan Keselamatan Siber yang dianjurkan oleh Persatuan Antarabangsa Bagi Menangani Keganasan dan Keselamatan Profesional (IACSP) hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Malaysia mencadangkan kerjasama perkongsian maklumat mengenai penjenayah seks antara negara ASEAN bagi tujuan mengekang aktiviti mereka terutama pedofil.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, langkah tersebut penting bagi memastikan kanak-kanak dilindungi daripada eksploitasi seksual termasuk dalam talian.

Iklan
Iklan

"Kita nak tengok apakah cara-cara mana kerjasama antara ASEAN. Sebab kita sekarang nak berkongsi maklumat dan data.

"Contohnya melalui imigresen, kita mesti berkongsi maklumat supaya kita tahu bahawa mereka (penjenayah seks) ada masalah sabitan atau apa-apa masalah lain di negara masing-masing supaya kita dapat mengambil tindakan yang sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Keselamatan Siber 2019 Persatuan Antarabangsa Bagi Menangani Keganasan dan Keselamatan Profesional (IACSP), di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Sementara itu ketika berucap, beliau menegaskan maklumat mengenai modus operandi mereka yang pernah disabitkan kesalahan atau didakwa juga boleh digunakan oleh pihak berkuasa untuk menyiasat sama ada penjenayah ini menjadikan golongan di luar lingkungan mereka sebagai sasaran. - Bernama