Kepantasan bomba selamatkan lebih 10 kedai
Iklan
TAWAU - Tindakan pantas bomba mengawal kebakaran sebuah kedai perabot di bangunan bertingkat di Sabindo di sini, berjaya menyelamatkan lebih 10 kedai lain di kawasan itu, pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Sharudy Delamin berkata dalam kejadian itu hanya kedai perabot berkenaan musnah 100 peratus.