Bapa Pengerusi Amanah Perlis meninggal dunia

Iklan
Wan Khazim Wan Din

KANGAR - Tokoh bahasa yang juga pemantun terbaik Malaysia 1960-an, Wan Khazim Wan Din meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) akibat sakit jantung kira-kira 4.25 petang ini.

Allahyarham juga bapa pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perlis, Wan Kharizal meninggal dunia pada usia 86 tahun.

Iklan
Iklan

Abang Wan Kharizal, Datuk Dr Wan Khamizar berkata, allahyarham ayahnya juga aktif sebagai pelakon tambahan dan pernah membintangi filem arahan Seniman Agung Tan Sri P Ramlee antaranya Hang Tuah, Anakku Sazali dan Penarek Becha sekitar tahun 1950-an. - Bernama