'Tunggu presiden baharu, saya letak jawatan': Bibi Ramjani
Iklan
Bibi Ramjani
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Bibi Ramjani Ilias Khan sedia melepaskan jawatan yang disandangnya secara sukarela untuk memberi laluan kepada Kongres Agung Luar Biasa (EGM) persatuan tersebut untuk memilih peneraju baharu.
Menurutnya, beliau ketika ini sedang menunggu calon presiden baharu yang akan diangkat oleh beberapa Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) untuk menggantinya.
Iklan
Iklan
"Saya tunggu presiden baharu sebab bila dah ada, saya secara sukarela akan letak jawatan kerana ketika ini urusan kewangan di bahu saya seorang.
"Kalau saya letak jawatan sekarang, persatuan ini akan ’mati' kerana jika EGM mengambil masa lama untuk diadakan, tunggakkan hutang semakin banyak.
Iklan
"Hal ini berlaku ketika Tan Sri Annuar Musa meletak jawatan kerana EGM mengambil masa lama untuk diadakan," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan PBJ telah menyenarai pendek nama individu untuk diangkat sebagai presiden baharu antaranya seorang tokoh politik.
Iklan
Bibi Ramjani berkata bermungkinan PBJ mempunyai calon yang terbaik bagi menggantikan beliau untuk memimpin persatuan itu.
"Ia akan mengambil masa dan saya harus bertenang dalam menangani kata-kata yang tidak sesuai telah diperkatakan terhadap diri saya.
Sementara itu, berhubung tuntutan bekas ketua pasukan itu, Mohd Badhri Mohd Radzi atau lebih dikenali sebagai Piya, Bibi Ramjani berkata pemain terbabit tidak berhak menuntut gaji bagi bulan Mac dan April kerana pada masa itu beliau bermain dengan pasukan Red Warrior Kelantan.
"Berpandukan kontrak, gaji pemain terbabit akan dibayar oleh syarikat Kelantan Red Warrior (KRW) Sdn Bhd dengan jaminan MyInsparation Sdn Bhd.
"Dia (Mohd Badhri) tidak seharusnya meletakan kesalahan kepada Kafa dan sepatutnya memahami segala isi kandungan kontrak sebelum menurunkan tandatangan," katanya.
Akhbar sebelum ini melaporkan syarat yang diberikan Kafa kepada pemain terbabit supaya tidak menuntut tunggakan gaji selama dua bulan untuk musim 2019 sekiranya mahu mendapatkan Sijil Perpindahan Negeri (SPN).- Bernama
BERITA SEMASA 15 MEI 2024
Pemain sayap Harimau Malaya dan Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim masih memerlukan pemantauan rapi meskipun telah dipindahkan ke wad biasa daripada Unit Rawatan Rapi (ICU) semalam, susulan disimbah asid baru-baru ini.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, proses rawatan yang diberikan kepada Mohamad Faisal atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim itu mengambil masa panjang dan beliau kini menunjukkan perkembangan positif.
Adam Adli berkata, Faisal Halim kini dalam proses rawatan yang cukup sensitif dan semua pihak diminta untuk tidak menganggu emosi beliau.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664858/berita/sukan/faisal-halim-masih-perlu-pemantauan-rapi---adam-adli
Muzik: Elevate dari www.bensound.com