1,000 ahli akar umbi Pas, UMNO jalin silaturahim
Iklan
Abd Nasir berdiri bersalam dengan mantan JKKK Becah Sawah, Fuad Othman dalam majlis Aidilfitri hari ini.
BALING - Seramai 1,000 ahli akar umbi Pas dan UMNO jalinkan silaturahim dan mengeratkan persaudaraan pada Jamuan Aidilfitri peringkat Pas cawangan Becah Sawa yang diadakan di Markas Pas Becah Sawa, hari ini.
ADUN Bayu, Abd Nasir Idris berkata, jamuan berkenaan dihadiri ahli akar umbi termasuk pemimpin peringkat cawangan kedua parti.
Iklan
Iklan
Menurutnya, ia membuktikan jalinan perpaduan ummah di peringkat akar umbi semakin kukuh.
"Dakwaan yang mengatakan perpaduan ummah hanya berlaku di peringkat pimpinan tertinggi jelas tidak betul.
Iklan
"Dalam majlis hari ini, akar umbi termasuk pimpinan UMNO peringkat cawangan serta mantan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan turut hadir," katanya kepada Sinar Harian di Markas Pas, hari ini.
Abdul Nasir yang juga Ketua Pas Becah Sawa berkata, pengukuhan perpaduan dalam kalangan akar umbi membuktikan ahli di bawah menyambut baik keputusan pimpinan.
Iklan
"Hubungan Pas dan UMNO tidak menjadi sukar menjadi realiti kerana kedua ahli parti mempunyai hubungan kekeluargaan.
"Saya sendiri mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Ketua UMNO cawangan Becah Sawah dan hubungan kami amat baik," katanya.
Dalam pada itu, Abd Nasir berkata, beliau menjemput orang ramai hadir pada jamuan Aidilfitri diadakan di Dataran Ilmu Majlis Daerah Baling pada 29 Jun ini bermula jam tiga petang.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>