Ibu tikam, penggal anak lelaki yang mahu jadi perempuan

Iklan
Rosana Cândido (kiri) dan Kacyla Pessoa mengaku membunuh Rhuan (gambar kecil). - Foto News Locker

BRASILIA - Seorang ibu dari Brazil dituduh memenggal kepala anak lelakinya berusia sembilan tahun selepas menikamnya 12 kali gara-gara anak itu menyatakan hasrat mahu menjadi perempuan.

Rosana Cândido, 27, dan pasangannya Kacyla Pessoa, 28, dilaporkan menyiat kulit muka kanak-kanak yang dikenali sebagai Rhuan itu lalu melapah tubuhnya.

Iklan
Iklan

Difahamkan mereka juga menggunakan pisau untuk cuba mengorek keluar mata mangsa bagi mengelak mayatnya daripada dikenal pasti.

Pasangan terbabit dikatakan turut cuba membakar sebahagian tubuh kanak-kanak terbabit namun gagal, mayat mangsa kemudian disumbat di dalam beg pakaian lalu dicampakkan ke dalam pembetung.

Iklan

Sementara itu, bahagian lain tubuh mangsa ditemukan dalam dua beg sandang di rumah mereka di Brazil.

Cândido dan Pessoa yang mengaku segala perbuatan mereka kepada polis kini berdepan tuduhan membunuh, menyeksa dan menyembunyikan mayat.

Iklan

Kedua-dua wanita terbabit memberitahu penyiasat mereka melakukan kesemua jenayah itu kerana Rhuan mahu menjadi seorang perempuan.

Cândido yang menganggap Rhuan sebagai beban langsung tidak mempunyai rasa sayang terhadap kanak-kanak itu.

Menurut ayah Rhuan, Cândido melarikan diri bersama anak lelakinya itu lima tahun lalu selepas dia kehilangan hak penjagaan. - Mirror.co.uk