SHAH ALAM -"Biar kepimpinan tertinggi PKR tentukan." Itu reaksi Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mengenai status keahlian Ketua Angkatan Muda Keadilan Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang dikaitkan dengan video intim yang didakwa bersama seorang menteri Kabinet.
Amirudin yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR berkata, perkara tersebut diserahkan kepada kepimpinan parti kerana kuasa tersebut terletak pada biro politik dan lembaga disiplin parti.