Tak perlu cuti, Azmin boleh kerja seperti biasa: Anwar

Iklan
Anwar menyampaikan sumbangan duit raya kepada salah seorang Orang Kurang Upaya (OKU) ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Adilfitri Parlimen Hang Tuah Jaya di Kota Fesyen di Ayer Keroh, di sini, hari ini.

MELAKA TENGAH - Tidak perlu bercuti atau direhatkan, sebaliknya beliau boleh terus bertugas seperti biasa, demikian menurut Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kontroversi video yang mengaitkan Timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Anwar berkata, suasana tegang yang terpalit pada masa ini tiak seharusnya dijadikan noktah kepada Mohamed Azmin sama ada dalam kerajaan mahupun parti.

Iklan
Iklan

"Secara peribadi, saya tidak bersetuju beliau diberikan keputusan untuk berehat daripada meneruskan khidmat serta komitmennya yang memegang tugas hakiki termasuk sebagai menteri biarpun terdapat pihak mendesak tindakan sedemikian.

"Kita tidak menghalang mana-mana pihak memberikan pandangan masing-masing sama ada mengkritik atau sebaliknya," katanya kepada media hari ini.

Iklan

Anwar turut mengakui majoriti pandangan itu hanya menjurus kepada satu pihak dan tidak telus, Anwar berkata, seharusnya medium yang ada digunakan sebaik mungkin.

"Jangan gunakan ia dengan pelbagai kenyataan yang boleh memberikan implikasi negatif sama ada dalam kepimpinan parti dan juga kerajaan.

Iklan

"Sebaiknya, berikan ruang kepada pihak polis menjalankan siasatan berhubung perkara ini," ujarnya.

Anwar (dua,kiri) dan Shamsul beramah mesra dengan sebahagian tetamu yang hadir pada majlis itu.

Beliau turut menasihatkan semua pihak agar dapat mengurangkan kenyataan-kenyataan berhubung isu ini untuk memudahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan.

"Berilah ruang pada siasatan yang dilakukan dan beri ketenangan kepada Mohamed Azmin dan juga keluarganya.

"Saya tidak setuju dengan banyak sangat kata-kata yang buat tuduhan, ini akan lihat syok sendiri tapi kesannya tidak positif kepada parti dan kerajaan," katanya.

Anwar berkata, perkara itu sudah dinyatakan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

Ahli Parlimen Port Dickson ini berkata, kontroversi itu dianggap sebagai mainan politik di mana perkara sama pernah dilalui sebelum ini.

"Saya ditohmah sejak 20 tahun lalu sekali gus memberi kesan kepada saya sebagai pemimpin parti.

"Keadaan ini secara tidak langsung memberi peluang kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau mana-mana individu untuk mencari makan.

"Tapi mereka kena faham, kita nak lawan budaya politik jijik... dari segi akhlak tidak boleh dan dalam Islam cukup jelas tidak dibenarkan," katanya.

Terdahulu, Otai Reformasi menggesa kerajaan agar merehatkan Mohamed Azmin daripada tugasnya sebagai menteri susulan kontroversi video lucah membabitkan dirinya bersama seorang lelaki.

Pengerusinya, Idris Ahmad berkata, desakan itu dibuat bagi membolehkan pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan selepas aduan mengenainya dibuat.

Sementara itu, Anwar turut menegaskan tiada keperluan untuk melakukan siasatan dalam susulan klip video itu dan menyerahkan kepada biro politik parti dan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan sebelum sebarang tindakan diambil.

Anwar ditemui selepas menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Parlimen Hang Tuah Jaya di Kota Fesyen di sini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Utama Industri Utama yang juga Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin dan Speaker DUN Melaka, Datuk Omar Jaafar.