Azmin belum dipanggil beri keterangan kepada polis

Iklan
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali - Foto Bernama

SHAH ALAM - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan beliau belum dipanggil polis untuk memberikan keterangan berhubung penyebaran video seks mengaitkan seorang lelaki mirip menteri Kabinet sejak Selasa lalu.

Beliau berkata, sebaliknya Setiausaha Politiknya, Hilman Idham dipanggil pagi ini untuk memberikan keterangan.

Iklan
Iklan

"Setakat ini tidak ada (dipanggil memberikan keterangan kepada polis. Tetapi saya difahamkan polis sudah memanggil Hilman pagi tadi untuk berikan keterangan," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kediaman Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri di sini semalam.

Kelmarin, Hilman membuat laporan polis berhubung penyebaran video tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

Iklan

Dalam pada itu, Mohamed Azmin berterima kasih kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang tegas meminta politik jijik dan kotor seperti itu dihentikan.

"Ini kerana sebagai sebuah kerajaan baharu yang diberikan mandat oleh rakyat setelah 61 tahun merdeka, kita bertanggungjawab memberikan khidmat yang terbaik.

Iklan

"Rakyat juga mengharapkan kerajaan PH memberikan politik nilai dan prinsip yang jelas. Jangan sama sekali kita terjebak dengan kerja kotor seperti ini. Saya berharap teguran dan pesanan Dr Mahathir ini diambil secara serius semua pihak," katanya.