SPRM kunjungi TM untuk dapatkan maklumat
Iklan
CYBERJAYA - Telekom Malaysia Bhd (TM) mengesahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada mengunjungi ibu pejabat syarikat telekomunikasi itu di Kuala Lumpur semalam bagi mengumpul dan mendapatkan maklumat.
"Ya, saya sahkan SPRM memang ada mengunjungi ibu pejabat TM semalam,” kata Ketua Pegawai Operasi Imri Mokhtar selepas majlis menandatangani ikrar mesra pelanggan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), di sini hari ini.