Wabak ILI: Penduduk jangan panik
Iklan
Laporan Sinar Harian semalam. Gambar kecil: Aminuddin Harun
SEREMBAN - Penduduk berhampiran Kampung Kendong Baru di Kota, Rembau tidak perlu panik dengan penularan wabak Influenza Like Illness (ILI) di rumah kongsi berhampiran ladang tembikai di kampung itu.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sebarang tindakan dan penguatkuasaan yang diambil tidak akan mendatangkan ancaman terhadap penduduk sekitar.
Iklan
Iklan
"Saya nasihatkan kepada penduduk setempat tidak panik dan ikut segala nasihat pihak berkuasa, apa sahaja tindakan di situ serta apa yang berlaku tidak akan memberi masalah lebih-lebih lagi di kawasan itu.
"Kita akan dapatkan laporan penuh dan kita akan tangani perkara ini dengan kadar segera,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Iklan
Semalam, Pengarah Kesihatan negeri mengesahkan seramai 14 orang asli yang juga penghuni rumah kongsi di kampung berkenaan positif ILI selepas pemeriksaan dilakukan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.
Bagaimanapun beliau menjelaskan gejala itu tiada kaitan dengan penularan wabak pneumonia membabitkan orang asli Bateq di Kuala Koh, Kelantan.
ARTIKEL BERKAITAN: 14 orang asli di Rembau positif ILI
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Seorang hulur RM1 pun saya syukur' - Ibu gigih kumpul dana rawat anak derita Sindrom Alagille"><meta itemprop="description" content="Hati seorang ibu mana yang tidak sayu apabila melihat anak kecil yang baru berusia tiga tahun sudah diuji kesakitan ketika sedang berjuang melawan penyakit Sindrom Alagille.
Penyakit yang dihidapi Aisy Nur Dareesa Mohd Sahril Azuan itu merupakan penyakit genetik yang jarang berlaku dan boleh menjejaskan beberapa organ utama seperti hati, jantung, mata, tulang dan buah pinggang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769088/edisi/melaka-ns/seorang-hulur-rm1-pun-saya-syukur---ibu-gigih-kumpul-dana-rawat-anak-derita-sindrom-alagille
Muzik: Veance D- Rustle od Leaves dari Bensound.com 
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bantuan #AisyNurDareesa"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-24T03:00:57.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/a6aYC1fdHHfe5YnzG/x120"><meta itemprop="duration" content="P254S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0mavg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0mavg"></script>