EKL 2018 himpun atlet tempur amatur
Iklan
Musaddik Zainuddin (dua kanan) dan Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi (tengah) bergambar bersama tali pinggang semasa majlis pengenalan kejohanan itu, hari ini.
KOMPLEKS Sukan Educity, di sini bakal menjadi menjadi medan pertempuran di kalangan atlet seni mempertahankan diri sempena EduCity Kombat League (EKL) 2018, pada 29 Disember ini.
Temasya julung kalinya diadakan itu turut menampilkan pelbagai kategori lain yang membabitkan lebih 50 petinju dan atlet tempur amatur dari dalam dan luar negara.
Iklan
Iklan
Pengarah Projek Boxxtomoi Asia, Musaddik Zainuddin berkata, objektif penganjuran kejohanan itu adalah bagi memperkenalkan seni tempur yang baharu kepada masyarakat.
"EKL akan menghimpunkan peninju dari pelbagai seni tempur atau bela diri seperti judo, seni bela diri campuran (MMA), tinju, silat dan sebagainya.
Iklan
"Menerusi penganjuran ini juga, satu pentas untuk melahirkan atlet tempur negara dapat dibuat, kita mahu mencungkil bakat-bakat baharu dan dapat memperkenalkan kepada masyarakat nama-nama besar atlet kita di dalam sukan ini," katanya, di sini, hari ini.
Musaddik berkata, antara nama besar yang akan menyertai kejohanan itu ialah bintang MMA Johor, Jihin Radzuan dan juara judo tali pinggang hitam peringkat kebangsaan Mohd Fakhrul Izzat Affandi.
Iklan
Dijangka turut mencuri tumpuan adalah bintang MMA dari Palestin, Don Sulaiman yang mana kesemua nama ini akan berentap bagi merangkul dua tali pinggang yang dipertandingkan.
"Kejohanan ini akan berlangsung dalam dua sesi iaitu amatur pada sesi pagi untuk perlawanan MMA, Boxing dan Kick Boxing.
"Manakala pada malam pula akan diadakan perlawanan bagi petinju profesional merebut tali pinggang Datuk Bandar Iskandar Puteri dan tali pinggang Educity," katanya.
Sementara itu, Pengarah Educity Iskandar Malaysia Sdn Bhd, Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi berkata, pihaknya sentiasa mendukung aspirasi pembangunan sukan negara dengan menganjurkan pelbagai kejohanan sukan.
Katanya, kejohanan itu juga dilihat mampu menonjolkan Iskandar Puteri sebagai destinasi sukan di selatan tanah air dengan infrastruktur moden dan populasi penduduk yang mengamalkan gaya hidup sihat.
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.