Skandal seks taktik pembunuhan karakter

Iklan
Gambar hiasan

BARU-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan penyebaran bersiri video skandal seks mengaitkan individu didakwa mempunyai wajah mirip seorang menteri Kabinet.

Biarpun ramai yang terkejut dengan isi kandungannya namun majoritinya tidak hairan apabila video tersebut yang pada awalnya dipercayai disebarkan dalam kumpulan WhatsApp wartawan menjadi tajuk muka depan akhbar tempatan.

Iklan
Iklan

Ramai berpendapat, taktik character assassination (pembunuhan karakter) sudah lapuk.

Tujuannya tidak lain lagi digunakan bagi tujuan membunuh karier politik individu yang dikaitkan di dalam video berkenaan.

Iklan

Character assassination ini biasanya melibatkan metode secara terbuka atau tertutup (penyamaran) yang bertujuan menghasut, memfitnah dan memanipulasi fakta.

Ia melibatkan penggunaan pelbagai cara termasuk ucapan, kempen, kartun dan internet supaya individu yang disasarkan hilang kredibiliti dan tidak dipercayai, sekali gus ditolak oleh masyarakat.

Iklan

Namun, penyebaran video skandal seks adalah satu kaedah character assassination yang paling popular diaplikasikan untuk menyerang individu tertentu.

Ia telah digunakan secara meluas di seluruh dunia sehingga menyebabkan ramai individu sama ada ahli politik, ahli perniagaan mahupun selebriti yang 'terbunuh' atau mengundur diri akibat daripada serangan berkenaan.

Cara itu adalah yang paling berbahaya dalam metode character assassination kerana ia melibatkan peribadi dan maruah individu yang disasarkan walaupun video yang disebarkan itu tidak diketahui kesahihannya.

Bagaimanapun, penyebaran video seks skandal melibatkan individu memiliki wajah mirip seorang pemimpin kerajaan itu bukan yang pertama berlaku di negara kita.

Dalam tempoh 20 tahun, senario politik Malaysia sebenarnya sudah beberapa kali dikejutkan dengan penyebaran video skandal seks melibatkan individu mirip wajah ahli politik.

Bagaimanapun, tidak semua berakhir dengan matlamat yang tercapai.