KUALA LUMPUR - Pelajar sekolah berpeluang untuk menggunakan kreativiti mereka menamakan sebutir bintang dan sebuah planet, sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-100 Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU).
Terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata, ia akan menjadi satu peluang kepada pelajar terbabit mengembangkan pengetahuan sains mereka.