'Saya kenal Haziq cuma dari jauh'

Iklan
Azmin ketika hadir pada Majlis Jalinan Aidilfitri anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini hari ini.

SHAH ALAM - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengakui mengenali Haziq Abdullah Abdul Aziz, bagaimanapun hanya dari jauh.

Menurut Mohamed Azmin, Haziq yang mendakwa terlibat dalam sebuah klip video seks merupakan Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan dikenali sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sering melompat parti.

Iklan
Iklan

"Saya mengenalinya dari jauh, sebab dia ahli parti. Dia pernah menjadi ahli parti, kemudian menyertai pembangkang.

ARTIKEL BERKAITAN: Setiausaha politik Azmin buat laporan qazaf

Iklan

"Setelah kita menang, dia lompat balik ke dalam PKR. Inilah karakter individu yang diperalatkan dalam fitnah ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Jalinan Aidilfitri anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini hari ini.

Kehadiran Mohamed Azmin pada majlis berkenaan merupakan kemunculan pertama beliau selepas kontroversi video yang mengaitkan dirinya.

Iklan

Mohamed Azmin berkata, laporan polis berhubung penyebaran video itu telah dibuat setiausaha sulitnya pagi tadi.

"Seperti pandangan yang diberikan peguam-peguam saya, dengan laporan polis yang sedia ada ia sudah membolehkan polis menjalankan siasatan,” katanya.

Menurutnya, penyebaran video klip berkenaan merupakan jalan politik itu kotor dan jijik.

"Sekiranya terdapat perbezaan pendapat atau seseorang itu tidak berjaya memberikan khidmat yang diterima rakyat, jangan memilih jalan kotor dan jijik. Sebagai kerajaan baharu, kita berpegang kepada politik nilai dan prinsip jelas serta tidak terjebak dengan politik jijik,” katanya.

Mohamed Azmin bagaimanapun enggan membuat sebarang tuduhan ketika ditanya sama ada terdapat dalang di sebalik kontroversi tersebut.