Semak dahulu berita sebelum disebarkan

Iklan
Jika maklumat yang diterima penting dan mesti disampaikan segera, maka sebarkanlah selepas ia diyakini benar. -GAMBAR HIASAN.

PADA zaman milenial ini, terlalu banyak maklumat dan berita yang kita terima.

Sama ada ia betul atau tidak, menjadi tugas kita untuk menjadi penapis utamanya dan jangan percaya sesuatu perkara sebelum memeriksa kesahihannya.

Iklan
Iklan

Rasulullah SAW sendiri menegah mereka yang mendengar dan menyebarkan maklumat tanpa mengetahui kesahihannya.

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:"Cukuplah seseorang itu melakukan sesuatu dosa sekiranya dia selalu mengatakan apa sahaja yang didengarinya." (Riwayat Abu Dawud dan al-Hakim)

Iklan

Malangnya, dalam dunia serba canggih dengan teknologi-teknologi baharu, kita pula semakin jauh dengan sikap bersangka baik.

Sepatutnya, kemudahan yang ada pada hari ini digunakan ke arah kebaikan, bukannya sebagai medium menyebarkan fitnah atau keburukan tanpa usul periksa.

Iklan

Kita dikurniakan akal dan fikiran, maka gunakanlah sebaiknya.

Sekiranya berita diterima hanya mahu memalukan seseorang, sebaiknya simpan sahaja untuk pengetahuan sendiri sahaja.

Namun, jika ia penting dan mesti disampaikan segera, maka sebarkanlah selepas ia diyakini benar.

Berhati-hatilah apabila menyebarkan maklumat.

Sesungguhnya, tajamnya lidah pada hari ini bukan lagi datang daripada mulut, sebaliknya pada hujung jari kita.

(Sumber: Muhd Nasruddin Dasuki)