Rumah terbuka: Batalkan puasa atau hormati tuan rumah?

Iklan
Jika sesiapa menjemput kita ke majlis rumah terbuka dalam keadaan kita berpuasa, maklumkan kepada mereka kita berpuasa sunat Syawal. -GAMBAR HIASAN.

MAJLIS rumah terbuka seakan menjadi tradisi masyarakat hari ini setiap kali Hari Raya Aidilfitri.

Pada masa yang sama, kita juga mahu merebut peluang untuk menyempurnakan puasa sunat Syawal selama enam hari.

Iklan
Iklan

Bagaimana jika terima undangan ke majlis rumah terbuka seorang kenalan tetapi dalam kita berpuasa sunat?

Adakah perlu untuk kita membatalkan puasa itu demi menghormati tuan rumah? Yang mana lagi afdal?

Iklan

Menjawab persoalan itu, ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA dalam Sahih Muslim, Nabi Muhammad SAW bersabda:"Jika seorang daripada kalian dijemput untuk makan sedangkan ia berpuasa, maka hendaklah dia mengatakan sesungguhnya aku sedang berpuasa."

Imam al-Nawawi dalam Mazhab Syafie menyatakan, asalnya dia boleh menyatakan kepada orang menjemputnya bahawa dia sedang berpuasa, namun jika pihak menjemputnya amat berharap kehadirannya, maka dia wajib hadir sekadar memenuhi undangan tanpa berbuka puasa.

Iklan

Seeloknya, rumah terbuka dirancang diadakan pada hujung minggu.

Pada hari-hari biasa boleh difokuskan kepada puasa sunat Syawal kerana sebahagian ulama menyatakan, diharuskan puasa Syawal berselang-seli tanpa berturut-turut termasuk pandangan Imam al-Nawawi yang menyatakan dari sudut keutamaan sahaja berturut-turut.

***Ustaz Mustafar Mohd Suki merupakan pendakwah bebas dan penulis.