Penganggur 'ratah' remaja hingga hamil

Iklan
Gambar kecil: Hasron Nazri

KAMPAR - Seorang penganggur ditahan polis selepas disyaki merogol kekasihnya berusia 16 tahun hingga hamil di sebuah rumah sewa di Taman Bandar Baru di sini Februari lalu.

Lelaki berusia 19 tahun itu ditahan malam tadi selepas mangsa yang mengandung 5 bulan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, mangsa menyedari dirinya mengandung selepas didapati positif dalam ujian kehamilan yang dilakukannya pada 3 Jun lalu.

"Berdasarkan percakapan, mangsa membuat ujian itu di rumahnya kerana sudah lama tidak datang bulan sebelum didapati positif mengandung.

Iklan

"Kali pertama melakukan hubungan intim bersama suspek adalah pada Februari lalu dan mengesyaki mengandung lebih kurang lima bulan. Dia membuat laporan polis sebelum merujuk kandungan ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa yang tidak bersekolah itu sudah menjalin hubungan dengan suspek sejak dua tahun lalu dan hubungan mereka diketahui keluarga kedua-dua pihak.

Iklan

"Mangsa dibawa ke Hospital Kampar sebelum disahkan hamil lebih kurang 20 minggu itu melakukan hubungan seks tanpa paksaan kerana dalam perancangan untuk berkahwin.

"Suspek ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan sampel darahnya diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi ujian deoksiribonukleik (DNA) dengan bayi yang akan dilahirkan,” katanya.