[DIKEMASKINI] JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengumumkan persaraannya dalam sukan badminton selepas 19 tahun berjuang dan membanggakan nama Malaysia di persada dunia.
Berita persaraan itu diumumkan sebentar tadi oleh Chong Wei bersama-sama Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Timbalannya, Steven Sim selain turut disertai Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.