PUTRAJAYA - Bekalan makanan dan air yang disalurkan kepada masyarakat Orang Asli di Kampung Kuala Koh, Gua Musang Kelantan yang mengalami krisis kesihatan adalah mencukupi, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy.
"Bekalan adalah mencukupi di tengah-tengah siasatan berterusan untuk menentukan punca sebenar kematian di kalangan masyarakat Orang Asli di Kampung Kuala Koh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.