Kes bunuh: Polis cari warga Indonesia bantu siasatan
Iklan
Individu yang dikesan untuk membantu siasatan.
TASEK GELUGOR - Polis mengesan seorang lelaki warga Indonesia bagi membantu siasatan membabitkan kes tetak melibatkan tiga individu di sebuah kilang di Tingkat Selamat 2 semalam.
Individu berkenaan yang dikenali sebagai Jonathan Sihotang, 31, merupakan warga Indonesia dipercayai terlibat dalam kes tetak di lokasi kejadian.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek dikesan rentetan daripada kes bunuh yang berlaku di Tasek Gelugor semalam.
"Polis sedang dalam usaha mengesan seorang pekerja kilang di tempat kejadian yang merupakan seorang lelaki warganegara Indonesia, Jonathan Sihotang, 31 Tahun.
Iklan
"Individu ini kali terkahir dilihat sebelum beredar dengan menaiki sebuah motorsikal jenis Yamaha Sport warna biru bernombor PBM 1524 milik kepada ahli keluarga pemilik kilang tersebut," katanya.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung individu ini agar dapat memaklumkan kepada polis.
Iklan
"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pekerja ini supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Mohd Noor Azman Md Safar di talian 019-576 1877, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Seberang Perai Utara atau tampil ke balai polis yang berdekatan bagi membantu siasatan," katanya.
Terdahulu, seorang wanita maut manakala dua lagi cedera dalam kejadian tetak di sebuah stor penyimpanan barangan sejuk beku di Tingkat Selamat 2 disini petang kelmarin.
Mangsa yang maut merupakan pekerja syarikat tersebut dipercayai ditetak oleh seorang lelaki warga asing di lokasi kejadian.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Kakak minta naik Menara Alor Setar walaupun matanya sudah tidak nampak sepenuhnya'"><meta itemprop="description" content="Derita akibat kanser otak yang menyebabkan penglihatannya terjejas dan tidak lagi mampu berjalan tidak menghalang Nur Iman Syamimi Muhammad Shauki, 14, menikmati suasana di Sky View Menara Alor Setar.
Impian remaja itu menjadi kenyataan apabila dia dibawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Cancer Survivors Malaysia (CSM) bersama ibu bapanya dan dua adik, berkunjung ke menara berkenaan pada malam Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794930/edisi/utara/kakak-minta-naik-menara-alor-setar-walaupun-matanya-sudah-tidak-nampak-sepenuhnya
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PejuangKanser"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T07:40:22.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/e5Z7Q1gdHZdTVXzwC/x1080"><meta itemprop="duration" content="P153S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4exne"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4exne"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4exne"></script>