Penuduh mempunyai hubungan baik dengan pembangkang

Iklan
Zuraida Kamaruddin

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin menegaskan lelaki yang mendakwa dia merupakan individu dalam sebuah klip video seks bersama seorang lelaki mirip menteri mempunyai hubungan baik dengan pembangkang.

Menerusi satu kenyataan dikeluarkannya, Ahli Parlimen Ampang itu menyatakan, beliau yakin dengan kredibiliti, integriti dan personaliti individu yang dituduh dan meragui latar belakang penuduh.

Iklan
Iklan

Beliau turut menzahirkan rasa kesal dan sedih dengan penyebaran video tersebut yang dikaitkan dengan seorang pimpinan tertinggi partinya.

"Pada saat rakyat dan kerajaan sedang bergelut bagi memulihkan keadaan ekonomi negara dan meningkatkan taraf hidup rakyat, permainan politik kotor ini sangat menjengkelkan dan membantutkan usaha pembinaan semula Malaysia Baharu.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Politik kotor perlu ditolak

"Saya juga ingin menyatakan bahawa keyakinan saya akan kredibiliti, integriti dan personaliti pimpinan yang difitnah tersebut adalah tanpa berbelah bahagi.

Iklan

"Keyakinan saya ini adalah berdasarkan latar belakang penuduh yang sangat meragukan dan diketahui mempunyai hubungan baik dengan pihak pembangkang,” katanya.

Tambah beliau, konspirasi politik bagi membunuh karakter pemimpin seperti itu harus dihentikan serta-merta.

"Saya amat berharap agar pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan serta menghadapkan pesalah ke muka pengadilan,” tegasnya.

Awal pagi tadi, Setiausaha Sulit kepada seorang Timbalan Menteri membuat pengakuan bersumpah mengatakan dia adalah individu dalam sebuah klip video seks bersama seorang lelaki mirip wajah menteri yang tular sejak semalam.

Muhammad Haziq Aziz, 27, memuat naik video berdurasi 30 saat itu dalam akaun Facebooknya kira-kira jam 2 pagi tadi dan turut menamakan seorang menteri yang juga pemimpin kanan sebuah parti kerajaan terlibat dalam hubungan seks dengannya.

Menurutnya, perlakuan seks itu dirakam tanpa pengetahuannya pada 11 Mei lalu di Hotel Four Points di Sandakan, Sabah ketika pilihan raya kecil Parlimen Sandakan.

"Saya Haziq Aziz dengan ini saya membuat pengakuan bersumpah bahawa sayalah individu bersama [...] dalam video yang telah viral semalam.

"Video tersebut diambil tanpa kebenaran saya pada 11 Mei (semasa) Pilihan Raya Kecil Sandakan di (bilik) [...] di Hotel Four Points," katanya dalam rakaman tersebut.

Sinar Harian tidak dapat menamakan menteri yang disebut oleh lelaki berkenaan dan kini dalam usaha mendapatkan respons daripada pihak berkuasa berhubung kenyataan lelaki itu.